Sabtu, 23 Jun 2012

panduan ketika membaca doa


GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS
RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN 


1. TUJUAN 


Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang
terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmi
yang melibatkan bacaan doa.

2. PENDAHULUAN 

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba
terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan  ikhlas,
khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang
sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan
sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara  hidup yang
diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul,
masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah
bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan
dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di
negara ini.

3. RASIONAL 


Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di
negara ini


4. TAKRIF 

4.1.           MAJLIS RASMI

Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

4.2.           MAJLIS SEPARUH RASMI

Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain dari
kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara,
sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).

4.3            DOA

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

5. TARAF PEMBACA DOA  

5.1              Pembaca doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadiri
oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah
dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atau
Timbalan Mufti.

5.2              Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh
Sahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalan
yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.

5.3              Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik daripada
kalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.

6. KRITERIA PEMBACA DOA 


6.1                Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,    
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

6.2                 Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

6.3                 Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

7.   TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA 


7.1                 Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

7.2                 Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

7.3              Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.7.4             Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

7.5              Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

7.6              Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

8.  PAKAIAN

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian  dan jika
memakai pakaian kebangsaan hendaklah lengkap bersampin dan
bersongkok.

9.  TEKS DOA


9.1               Mukaddimah Doa Dan Penutup

i.  Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz,
   puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
ii.  Doa seelok-eloknya didahului dengan bacaan dalam
Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa
lain.
 iii. Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi
bacaan selawat dan Tahmid dalam Bahasa Arab.

9.2           Isi Kandungan Doa

i. Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk
keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan
permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis
berkenaan.
ii. Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa
Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan
hadirin dan majlis tersebut.
iii. Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut namanama Allah ( ) dan sifat-sifat Allah sesuai
dengan perkara yang dipohon seperti (Yang Maha
Pemberi Rezeki) bagi doa untuk memohon rezeki.
iv. Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas,
pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa
kesejahteraan yang ditujukan kepada Baginda sendiri
sebagai satu penghormatan kepada pemimpin agama Islam
paling tinggi dalam negara.
v. Teks doa juga sewajarnya menyebut doa kesejahteraan
secara umum kepada pemimpin-pemimpin negara serta
ummah keseluruhannya.
vi. Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang
boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan
masyarakat dan negara.

9.3. Masa Pembacaan Doa

i. Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaikbaiknya    pada permulaan majlis tersebut. ii. Tempoh masa untuk membaca doa tidak melebihi 5 minit.

9.4   Tempat Majlis Berdoa

i. Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk
kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.

ii. Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam.

9.5 Tempat Pembaca Doa

i.   Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang
sesuai untuk pembaca doa.
ii.  Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada
pentas).
 
10. PENUTUP

Buku Panduan Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi Dan Separuh Rasmi
ini diharap dapat dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca
doa khususnya dan penganjur program rasmi dan separuh rasmi amnya.
Buku ini juga dapat membantu dan membimbing kepada semua lapisan
masyarakat apabila berdoa mudah-mudahan ianya lebih berkualiti dan
seragam diseluruh Negara.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan